Wednesday, July 28, 2010

Puasa Menjelang

Alhamdulillah, puasa dah tak lama lagi bakal memunculkan diri... Insya Allah, puasa kali ini tidak lagi berstatus single berbuka puasa dan bersahur bersama-sama ahli rumah sewa, menjejak masjid untuk iftar dan tarawih, tidak lagi rotate giliran untuk masak sahur, bersaing menghabiskan giliran memasak secepatnya supaya boleh berehat di akhir Ramadhan menumpukan amal mengejar lailatulqadar, adess kena masak la untuk berbuka dan bersahur tahun ini untuk si dia, minggu depan feskum, insya Allah, Feskum kali ni meriah kerana, dalam famili ada tiga orang konvo, iaitu diri sendiri untuk ijazah kedua, adik dan suami untuk ijazah pertama, seronoknya, tetapi yang tidak berapa menyeronokkan ialah apabila saya hanya mendapat dua kad undangan sahaja untuk masuk menyaksikan saya menerima ijazah, sedangkan tertera dalam buku panduan graduasi graduan ijazah sarjana layak mendapat 4 kad, alasan yang diberikan ialah graduan ramai nak terima ijazah justeru itu jemputan terpaksa dihadkan. semoga ada ruang dan peluang untuk mendapat 2 lagi kad jemputan pada hari jumaat ini.

Melihat adik-adik mengambil jubah konvo, teringat zaman muda2 dulu, dua tahun lepas, masa tu sangat lah happening untuk mengambil jubah, seme berebut untuk mendapatkan saiz s, kaunter pengambilan jubah dibuka seminggu, tetapi sangat ramai yang berebut untuk datang pada hari pertama sahaja, untuk mendapatkan saiz s, sangat jarang yang datang pada baki hari seterusnya itu.Saya yang turun setelah menunaikan solat subuh mendapati beratus-ratus orang di hadapan saya, saya tiba dan terus beratur di parking Bangunan Peperiksaan, sekarang suasana dah berubah, bakal graduan mengisi borang tempahan jubah terlebih awal, malah setiap fakulti telah diasingkan mengikut hari, hari ni giliran APIUM, justeru itu hanya pelajar Apium sahaja lah yang berada di situ, tidak seperti dulu semua graduan UM berebut pada awal pagi hari pertama sahaja menyebabkan hari-hari setterusnya sepi dan lengang, hanya mereka yang berbadan besar sahaja berani mengambil risiko kerana saat itu yang tinggal hanyalah saiz L... ternyata sistem sekarang sangat sistematik dan memudahkan.

Tahniah kepada semua graduan atas kejayaan masing2 dan selamat berjaya mengijazahkan diri dalam madrasah Ramadhan selepas itu