Wednesday, October 28, 2009

Pilihan

Hidup ini ialah suatu pilihan,
Untuk hidup bahagia,
juga kena ada pilihan,
untuk sengsara maksudnya tersalah memilih

Bagaimana jika tersalah pilih,
kembali atau mengubah keadaan,
bagaimana jika tidak boleh kembali,
maknanya hanya jalan terbentang sahaja pilihan yang boleh dilalui,
laluilah dengan sempurna kerana jalan itu memilih kita walaupun pada permulaannya kita tersalah pilih,

sebelum memilih, pastikan semuanya benar, bukan memilih dengan semberono,
ingat apa yang perlu, jika parking di Site A,
janganlah lepas shopping memilih mencari motor di Site C,
nescaya lah tidak ditemui,
tapi jangan panik jika tahu tersalah pilih,
mana tahu yang itu adalah terbaik buat kita

Hujan

Hujan

hujan itu belum menunjukkan tanda
untuk berhenti meskipun kini sudah satu jam membasahi bumi
walau musim belum tengkujuh
ia masih gagah

hujan bagusnya engkau
tidak mengenal lelah
tidak mengenal batas
tidak mengenal ramalan

taat dan patuh pada perintah TuhanMu

moga aku sepertimu juga

meskipun bersimpul dalam diriku rasa malas yang lebih
rasa culas yang banyak

aku juga mahu menjadi sepertimu Hujan

dah lama dah tak mandi hujan mesti bestt kan

Cahaya Berliku

Berliku kah cahaya
Cahaya tidak pernah berliku
Cahaya juga binatang paling laju dalam dunia
tapi bagaimana jika ia berliku

ia berliku bukanlah kerana ia tidak menemui arah yang betul
tetapi manusialah yang membuatkan ia berliku

kerana manusia menutup pintu hati
kerana menusia menutup pintu mata
menutup pintu telinga

malah menutup setutup-tutupnya,
bimbang yang kelat menjadi jernih
risau yang hitam menjadi putih
kesal andai yang jahat bertukar menjadi baik
resah jika yang ternoda menjadi suci

begitulah faktor menjadikan cahaya berliku