Tuesday, February 16, 2010

Lelaki masa kini

Saya sebenarnya memang tidak suka dicuit2 oleh orang yang tidak dikenali terutama di tempat awam, dahlah kepergian itu untuk membeli tiket di Putra itu seorang, tidak berteman, tetapi kakak yang mencuit ini mujur tidak berbuat apa-apa, dia hanya mahu bertanyakan waktu ketika itu, "Dik, pukul berapa dik?" Saya memberitahu beliau waktu ketika itu adalah 3.15, selepas itu beliau bertanya lagi, adakah saya orang Sarawak dengan hanya melihat corak2 di jubah yang dipakai, jawab saya tak, kerana saya orang Terengganu, owh saya takut betul diapa2kan di stesen lrt universiti tadi, selepas dua soalan tu, saya memandang beliau sekilas, sambil melihat tas tangannya, wahh berjenama LV, kemudian dia tanya lagi, "Dik, adik suka berdikari ke duduk bawah celah ketiak mak?" Walaupun saya belum boleh dikategorikan berdikari kerana mak masih bagi duit kat saya walaupun dah bekerja, saya tetap jawab ya... Kemudian beliau meneruskan syarahan tak berbayar beliau sehinggalah lrt beliau sampai....

Beliau mempertikaikan sikap kaum lelaki masa kini yang suka duk bawah celah ketiak emak, tak mahu beli rumah, tak mahu bekerja, malah beliau menyifatkan kaum pendatang lagi gigih lagi rajin, boleh beli tanah, buat rumah dan kereta, tetapi orang lelaki ini, suka duk bawah celah ketiak mak, taknak buat rumah, saya tidak tahulah siapa yang dimaksudkan, tetapi telinga saya tak mampu menghadam semua kata2 beliau itu kerana saya bukanlah pendengar yang baik, saya cuma mampu menganggukkan kepala.
Mujurlah saya perempuan yang mendengar luahan hati beliau, kalaulah lelaki mesti tak senang duduk dah.

Akhirnya saya membuat keputusan mungkin beliau bergaduh dengan suami atau teman lelaki dia.

Monday, February 15, 2010

Demi masa depan anak-anak

Semalam saya berpeluang menonton Pisau Cukur yang didownload dari Youtube.com, Pisau Cukur, kisahnya dah banyakk direview dalam internet, kebanyakan cakap seronok ditonton dan menghiburkan, satu perkara yang memang tak leh dinafikan, tapi saya berupaya menonton dengan sepenuh hati sekejap saja, selepas itu pemikiran saya terawang2 walaupun di depan saya laptop memaparkan Pisau Cukur. Saya memikirkan ayat Bella lakonan Maya Karin, dia memburu lelaki kaya untuk menjamin masa depan anak2nya. supaya anak2 nya tidak mengalami kesusahan yang dialami oleh dirinya sejak kematian emak dan ayahnya... Ayat yang terngiang2 di telinga sehingga ke sudah cerita, tentulah dalam csrita ini yang dimaksudkan menjamin masa depan anak2 ialah seorang suami yang kaya, berstatus Tan Sri dan mempunyai perniagaan berjuta2


Tetapi bagaimanakah pula kita yang di luar ini memilih suami yang menjamin masa depan anak2, huhuhu tentulah bukan yang kaya, bukan mempunyai perniagaan berjuta2, bukan mempunyai kereta berlegar di depan banglo mewah, lalu bagaimana??? Tepuk dada tanya iman....

Friday, February 12, 2010

Hmm

"Aku kasihi sahabatku dengan segenap jiwaku. Sahabat-sahabat yang baik adalah seiring denganku dan menjaga nama baikku ketika aku hidup atau selepas mati.Kuhulurkan tangan kepada sahabatku untuk perkenalan kerana aku merasa senang. Semakinramai sahabat, semakin aku percaya diri. Aku selalu berharap mendapat sahabat sejati yang tidak luntur baiknya dalam suka dan duka. Jika aku dapat, aku ingin setia padanya..." (Imam Shafie) dari sahabat untuk sahabat (^_^)

Wednesday, February 10, 2010

Buku

Buku yang di dalamnya ada artikel yang saya tulis, walaupun dua tiga helai sahaja, sangat bermakna, walaupun sangat tidak memuaskan hati sebab kalau boleh nak tulis banyak lagi tapi Alhamdulillah, paling tidak dapat kredit

Tuesday, February 9, 2010

Always Be There



Always Be There

Alllahu Akbar…

If you ask me about love
And what i know about it
My answer would be
It’s everything about Allah
The pure love, to our souls
The creator of you and me,the heaven and whole universe
The one that made us whole and free
The guardian of HIS true believers
So when the time is hard
There’s no way to turn
As HE promise HE will always be there
To bless us with HIS love and HIS mercy
Coz, as HE promise HE will always be there
HE’s always watching us, guiding us

So when the time is hard
There’s no way to turn

As HE promise HE will always be there
To bless us with HIS love and HIS mercy
Coz, as HE promise HE will always be there
HE’s always watching us, guiding us
And HE knows what’s in all in our heart


So when you lose your way
To Allah you should turn
As HE promise HE will always be there…

HE bring ourselves from the darkness into the light
Subhanallah praise belongs to YOU for everything
Shouldn’t never feel afraid of anything
As long as we follow HIS guidance all the way
Through the short time we have in this life
Soon it all’ll be over
And we’ll be in His heaven and we’ll all be fine

So when the time gets hard
There’s no way to turn
As HE promise He will always be there
To bless us with HIS love and HIS mercy
Coz, as HE promise HE will always be there
HE’s always watching us, guiding us
And HE knows what’s in all in our heart

So when you lose your way
To Allah you should turn
As HE promise HE will always be there…

Allahu Akbar…

So when the time gets hard
There’s no way to turn
As HE promise He will always be there
To bless us with HIS love and HIS mercy
Coz, as HE promise HE will always be there
HE’s always watching us, guiding us
And he knows what’s in all in our heart

So when you lose your way
To Allah you should turn
As HE promise HE will always be there…


Allahu Akbar…
Video & Lyrics Information

Artist: Maher Zain
Album: Thank You Allah
Lyrics: Bilal Hajji & Maher Zain
Melody: Maher Zain
Arrangement: N/A
Copyright: Awakening Records 2009

Jodoh

Banyak sangat orang bagi sms petua nak dapatkan jodoh, inbox pun dah penuh, nak salin dalam buku, terasa malas pula, jadi dikongsikan di sini lah, semoga bermanfaat buat semua:

1- Yasin dan Waqiah selepas solat asar dan selepas tahajjud- dari k wan

2- Teruskan berdoa, amal yasin selepas asar dan selepas tahajjud,
baca doa Ibrahim masa dia inginkan zuriat,
رب لا تذرني فرداً وأنت خير الوارثين
Rabbi la tadharni fardan wa anta khair al-warithin,

baca dalam sujud- dr k wan

3- Amalan untuk jodoh
pilih satu amalan di bawah( nak amik yang penting pun tak apa. yang penting istiqamah), amalkan setiap hari, niatkan untuk dapat kelebihan dari kalam Allah yang suci.
1- Yasin
2- al-fatihah
3- solat hajat
4- tahajud
5- puasa sunat
6- bersedekah
7- jaga diri dari benda dan syubhah
buatlah dengan yakin dan istiqamah - dr k aisyah

Terima kasih untuk ayat2 kalian tersebut

Sunday, February 7, 2010

Barakallah

Tetiba minggu ni saya mendapat tugas baru, tugas dan amanah oleh Allah, menjadi pilihan Allah untuk mengurus baitulmuslim sahabat2:)

My best friend dah bertemu soulmatenya, saya mendoakan beliau jadilah bernikah dengan bakal pengantinnya itu, orang yang terlebih dahulu, bertemu dengan saya bagaimanapun terhalang atas faktor kenegerian :( bagaimanapun Allah tidak pernah menzalimi hambaNya, tempat saya digantikan oleh my best friend untuk mengisi kekosongan hati dia. Ternyata memang my best friend ini adalah lebih baik daripada saya, tersangat baik, amat baik, kepada dialah saya banyak mengadu masalah, kepada dialah saya banyak berkongsi rasa apa juga rasa, dengan dia saya tidak pernah merajuk, tanya dia pada saya, adakah dib berkorban untuk akak, uhuhuhuhu saya tidak berkorban untuk akakla, memang kami tidak ada titik temu, lagipun akak dan dia sama2 cari pasangan, eloklah korang disandingkan,istikharahnya makbul, kalau benar2 lah korang ada jodoh, ternyata akak lah orang yang lebih baik untuknya berbanding dengan saya, dan my best friend jawab, akak doakan dib dapat orang yang lebih baik daripada dia,

baik pada pandangan Allah,tidak sama dengan pandangan manusia, semoga jodohnya sampai juga, dan saya mahu menjadi orang yang pertama mengucapkan Selamat Pengantin Baru kepada kedua-duanya, saya hanya mampu menadah doa, mengharapkan ini adalah pengakhiran kepada penantian dan pemburuan yang panjang, dan satu permulaan yang baru kepada satu fasa kehidupan yang baru kepada kedua-duanya, pedulikan kata2 orang, tawakkal itulah yang utama.....



Barak Allahu Lakuma

We're here on this special day
Our hearts are full of pleasure
A day that brings the two of you
Close together
We're gathered here to celebrate
A moment you'll always treasure
We ask Allah to make your love
Last forever

Let's raise our hands and make Do'a
Like the Prophet taught us
And with one voice
Let's all say, say, say

بارك الله لكما وبارك عليكما
وجمع بينكما في خير

From now you'll share all your chores chores
Through heart-ship to support each other
Together worshipping Allah
Seeking His pleasure

We pray that He will fill your life
With happiness and blessings
And grants your kids who make your home
Filled with laughter

Let's raise our hands and make Do'a
Like the Prophet taught us
And with one voice
Let's all say, say, say

بارك الله لكما وبارك عليكما
وجمع بينكما في خير

بارك الله
بارك الله لكم ولنا

الله بارك لهما
الله أدم حبهما
الله صلّي وسلّم على رسول الله

الله تب علينا
الله ارض عنا
الله اهد خطانا
على سنة نبينا

Let's raise our hands and make Do'a
Like the Prophet taught us
And with one voice
Let's all say, say, say

بارك الله لكما وبارك عليكما
وجمع بينكما في خير

Wednesday, February 3, 2010

PERHIMPUNAN PERDANA PALESTIN :





TARIKH: SABTU, 6 FEBRUARI 2010

WAKTU: 2.30 - 5.30 PETANG

TEMPAT: AUDITORIUM MASJID WILAYAH, JALAN DUTA, KL.

ANJURAN BERSAMA HALUAN, DEWAN PEMUDA MASJID, VIVA PALESTINA, PACE, MAWADDAH, KISPA, MERCY, JIM, DAN NGO-NGO LAIN



DATANGLAH BERAMAI-RAMAI UNTUK MEMBELA PALESTIN SAMBIL BERMUSAFIR BERSAMA-SAMA KELUARGA DAN KENALAN. BAWA ANAK-ANAK ANDA AGAR MEREKA NAMPAK PERJUANGAN UMAT HARINI.

MEREKA DI PALESTIN ADALAH PEJUANG-PEJUANG DI BARISAN HADAPAN YANG MEMPERTAHAN MASJID DAN TANAH WAQAF UMAT ISLAM. JANGAN BIARKAN MEREKA SENDIRIAN, AYUH MARI SAMA HULURKAN BAHAGIAN KITA DALAM PERTAHANKAN TANAH AIR SEKELIAN MUSLIM. ALLAH TELAH JANJIKAN KEMENANGAN UNTUK MEREKA...

AYUH BERSAMA ORANG-ORANG YANG TELAH NAMPAK KEJAYAAN DARI TUHANNYA !!



'KELUARLAH DARI RUMAH DAN KAMPUNG KAMU SEBENTAR


Sebarkan