Tuesday, March 30, 2010

31032010

Hari ni hari terakhir bekerja di sini, hehe setelah berbulan2 bekerja, harapnya akan ada lah kerja baru yang boleh dibua selepas ini yang lebih memberi ruang dan peluang (^_^)

Thursday, March 25, 2010

Selamat hari Jumaat

Hari ini hari Jumaat, bertarikh 26 Mac 2010
Sabtu
Ahad
Isnin
Selasa
Rabu
Khamis
Minggu depan hari Jumaat, bertarikh 2 April 2010
Sabtu
Ahad
Isnin
Selasa
Rabu
Khamis
Jumaat bertarikh 9 April 2010

T-shirt labuh untuk dijual



T-shirt ini boleh dibeli dengan harga RM30.oo

Wednesday, March 24, 2010

Tuesday, March 23, 2010

Menghitung hari

Lama dah tak dengar lagu ni (^_^)

Friday, March 19, 2010

Sabar

Hari-hari sebelum ini, saya tidak sebahagia hari ini, dan hari-hari esok saya mengharapkan sesuatu yang lebih membahagiakan dari hari ini, sebanyak mana saya tidak sabar menghadapi hari esok, sebanyak itulah saya telah bersabar menanti hari ini, sabar itu separuh daripada iman, dan hanya Allah yang Maha Mengetahui bilakah tiba saatnya sesuatu itu:-)

Wednesday, March 17, 2010

Lama nya........

Lama nya tidak pergi ke Jerteh, padahal suatu ketika dahulu situlah ulang alik dari rumah datuk nenek sebelah emak ke rumah datuk nenek sebelah ayah, lama bebenor rasanya tak lalu situ, tetiba rindu pada nsotalgia, sebagai seorang yang suka bernostalgia, saya suka menjawab kalau ditanya adik2 apakah dua perkara yang disukai oleh saya,saya akan jawab saya suka hari raya, dan kampung, di situ nostalgia, di situ ada segala2nya,

Thursday, March 11, 2010

Suatu kehilangan dan suatu ketiadaan

Ketiadaan itu kesepian
Kehilangan itu menyakitkan
Mana lebih menyedihkan?
Ketiadaan atau kehilangan?
Kalau tiada, kita tak pernah merasa ada, sepi sesepinya, kosong sekosongnya
Tapi kalau kehilangan, kita pernah memilikinya walaupun hanya seketika, hanya sekadar sekejap cuma, bergembira dengan adanya dia, bersama2 walaupun tidak lama, berkongsi rasa suka dan duka, menghadapi sesuatu kehilangan mana mungkin sama dengan suatu ketiadaan, tetiba je sedih,

Sedih sangat kakak keguguran, baru je merancang nak main2 dengan anak sedara tu, tapi dah keguguran, baru je kami bersyukur dan bergembira nak menyambut anak sedara sulung kami, ayah dan emak nak menyambut cucu sulung, tetapi Allah lebih sayangkannya, kakak sangat kuat, suami tiada di sisi saat keguguran, saya sedih tetapi tidak dapat menemani, semoga Allah menggantikan yang lebih baik buatmu, kakak, mana tahu mengandung kali kedua kakak dapat kembar, insya Allah, dalam bersedih kakak sempat buat lawak, mana tahu mengandung sekali dengan awak, katanya pada saya, sekadarnya saya senyum, mengaminkan kata2nya di dalam hati, tetiba teringat status belum berkahwin le mana boleh mengandung, hehehe

Tuesday, March 9, 2010

Akhirnya

Setelah melalui pelbagai karenah di tempat jilid tesis, akhirnya berjaya jugak dihantar jap tadi, ingatkan liku2 untuk menyiapkan tesis ni masa mencari bahan, menulis je, rupa2nya masa nak jilid pun dugaan nya sama la tidak kurang hebat, sepatutnya 4 hari boleh siap, hari Isnin hantar sepatutnya dah boleh ambil hari Khamis, tetapi ditunda kepada hari Jumaat, bila adik dan suaminya pergi ambil hari Jumaat, rupanya apa yang lain yang disuruh buat lain pula jadinya, saya mahu hard cover tetapi dibuatnya macam nak disubmit untuk pemeriksaan, di tulang tesis itu, sepatutnya ada empat baris tajuk saya, tapi sesuka hati dipotongnya menjadi dua baris, saya tidak tahu di mana dia letak nombor telefon yang saya tinggalkan, sepatutnya, dia telefon la saya, bertanya apa kehendak saya kalau ada kekeliruan, saya terfikir takkanlah ada orang hantar tesis yang bukan untuk dijilid di situ, masa ada nak buat tak telefon tapi masa nak suruh ambil, nak suruh bayar pandai pulak dail nombor telefon saya, suruh ambil tesis tu, geram tidak terkata, mujur je saya kat kampung masa tu ada kenduri, kalau tak mungkin saya tak dapat menahan sabar di situ, saya bertanyakan kakak senior, menurut beliau memang dugaan di saat akhir ni tak kurang hebatnya juga, isk3 mujur hari ni setelah dibuka balik dan dijilid semula, setelah segala komen saya diambil kira, dia tak meminta saya membayar lebih atas kecuaian pihak dia, Alhamdulillah ala kulli hal, dah selamat dah

Monday, March 1, 2010

Ketika Cinta Bertasbih

Alhamdulillah, berjaya memprint tesis di kedai Polo, dan berjaya membawa ke tempat penjilidan sebanyak 10 jilid, terkejut petugas yang ada kat situ, dia kata banyak, padahal 6 copies adalah untuk fakulti, 1 utk kak wan, 1 utk aisyah, 1 utk wani sbb dia pesan supaya jilid khusus utk dia, dan hanya satu sahaja utk saya :( kalau tidak memikirkan duit yang banyak diperlukan selepas ini mahu sahaja saya menjilid sehingga 15 copies, biar semua orang dapat baca tesis saya, biar penat lelah saya buat tesis berbaloi, biar jasa Nik Leh itu diketahui ramai, sebelum ini sangat bercinta saya mencari bahan demi sebuah tesis ini, itulah namanya penyelidikan jikalau kerana tidak lelah dan penat itu tidaklah sesuatu itu dinamakan sebuah tesis, malah blog ini juga terhasil kerana ingin berkongsi pengalaman menyudahkan penyelidikan itu, waah padahal tak la susah sangat sebenarnya bila dah sudah dan lulus, tetapi semakin hari semakin hala tuju blog ni dah tak tahu ke mana, tetapi banyak keajaiban yang sememangnya hanya dari Allah swt berlaku, selepas satu demi satu yang menyebabkan saya mampu menyudahkannya, saya berharap selepas ini akan ada berita yang lebih baik menyusul, melengkapi kejayaan menjilid tesis ini, Amin , insya Allah (^_^)



Haram-haramkah aku
Bila hatiku jatuh cinta
Tuhan pegangi hatiku
Biar aku tak jadi melanggar
Aku cinta pada dirinya
Cinta pada pandang pertama
Sifat manusia ada padaku
Aku bukan Tuhan

*
Haram-haramkah aku
Bila aku terus menantinya
Biar waktu berakhir
Bumi dan langit berantakan

**
Aku tetap ingin dirinya
Tak mungkin aku berdusta
Hanya Tuhan yang bisa jadikan
Yang tak mungkin menjadi mungkin

Reff:
Aku hanya ingin cinta yang halal
Di mata dunia juga akhirat
Biar aku sepi aku hampa aku basi
Tuhan sayang aku
Aku hanya ingin cinta yang halal
Dengan dia tentu atas ijinNya
Ketika cinta bertasbih
Tuhan beri aku cinta
Ku menanti cinta…