Thursday, December 31, 2009

Pembentangan

Alhamdulillah,
update mengenai pembentangan Simposium Sejarah dan Warisan pada hari Isnin, memandangkan tema utama adalah berkenaan dengan Tuan Tabal, saya cuba mengambil peluang untuk membentangkan kajian saya yang berkaitan dengan cucu beliau iaitu Nik Muhammad Salleh, semasa saya melihat jadual pembentangan ternyata saya sangat tidak seronok apabila melihat nama pengerusi sidang yang mengelolakan sidang tersebut ialah penyelia, dan merangkap bos saya, sangat malu sebenarnya, tetapi setelah pembentangan terjadi ternyata beliau sangat baik hati, tetiba je rasa dia sangat baik, sesi yang berdurasi 2 jam itu sangat padat apabila melibatkan lima pembentangan, saya hampir sahaja gembira apabila masa berbaki 30 minit sebelum pembentang kelima membuat pembentangan beliau, tetapi ternyata beliau sangat pandai membentang dalam hanya 10 minit, dan tibalah masa yang paling ditakuti, sesi soal jawab, bangunlah seorang pendengar dan beliau mengajukan satu soalan kepada setiap pembentang. Mujurlah saya mempunyai jawapan bagi soalan tersebut, berbanding dengan rakan saya yang membentang di sebelah bertanya kepada penyelia beliau yang juga seorang pembentang. Selesai saya menjawab pengerusi sidang menambah jawapan yang melebarkan senyuman saya, akhirnya beliau mengakui bahawa tokoh kajian saya ini seorang yang kontroversial, sesuatu yang telah lama saya hujahkan tetapi pada hari tersebut baru saya mendengar pengakuan daripada mulut beliau, tiba-tiba saya rasa beliau sangat baik, bisik saya pada seorang teman. Tetapi beliau mempunyai modal untuk menyindir saya selepas ini kerana di akhir pembentangan suara saya tidak kedengaran, kata nya ada orang Terengganu bercakap tapi tak keluar suara, sengih je lah apa lagi boleh kukatakan:)

Selamat Tahun Baru 2010:)

Thursday, December 24, 2009

Kenape???

Kenapa hari ini menjelang petang, saya merasakan satu dunia mencari pasal dengan saya, semua orang seolah2 ingin memperlekehkan, menyakitkan hati saya, pedas2 blaka yang saya terima, semoga hati saya tenang selepas ini..... Amiin

Tuesday, December 15, 2009

Update majlis

Alhamdulillah,

Adik saya selamat diijabkabulkan pada 3.12.09, semuanya berjalan lancar walaupun saya seperti kerisauan apabila melihat banyak air dalam perjalanan saya menuju ke Kuala Terengganu, terperangkap di dalam kesesakan lalu lintas juga menyebabkan saya rimas. Kesesakan di luar Kuala Lumpur, di negeri kelahiran adalah disebabkan penutupan sebelah jalan di jambatan di Kemaman,hanya sebelah jalan sahaja yang dibuka. Saya tiba di rumah hanya pada pukul 7.50 petang, Alhamdulillah air, walaupun masih bertakung di jalan menuju rumah tetapi ia tidak pula memasuki rumah kami, pengalaman rumah dinaiki air sehari sebelum raya Haji menyebabkan kami tidak putus-putus berdoa supaya air tidak naik lagi dan hujan akan segera berhenti,

Malamnya pada pukul 10 lebih jurunikah sampai ke rumah kami setelah berjaya menikahkan sepasang lagi pasangan suami isteri sebelum tiba di rumah kami. Ramai sanak sedara yang datang kerana esoknya kenduri kesyukuran diadakan pada esoknya iaitu pada hari Jumaat. setelah akad nikah rumah kami kembali sepi kerana semua orang telah tidur jam 12 tengah malam itu.

Jumaat, dengan warna tema hijau, Alhamdulillah majlis berjaya diselesaikan dengan baik, makanan dimasak secara gotong-royong, secara sederhana tetapi meriah, segalanya berjaya diselesaikan. Tetamu datang sehinggalah malam tetapi pengantin sudah tidak ada di rumah waktu itu kerana mereka ke majlis akad nikah adik pengantin lelaki.

Soalan-soalan yang lucu yang disoal kepada kami sepanjang majlis:

1- Ada orang bertanya saya macamana saya boleh berada dalam majlis itu, dia tidak sedar bahawa pengantin yang diraikannya itu adalah adik saya, geleng kepala je saya.

2- Ada orang bertanya kepada ayah saya, berapakah majlis yang akan diadakan pada tahun depan kerana pada tahun ini, beliau telah mengadakan dua majlis kenduri perkahwinan iaitu kakak saya pada bulan Jun dan adik saya pada bulan Disember,
ayah saya dengan selamba menjawab, Insya Allah tahun depan, dua majlis, dalam hati saya tertanya-tanya apakah dua majlis yang dimaksudkan oleh beliau itu.....

3- Ada orang bertanya saya, adakah untuk saya punya majlis, kerbau juga yang akan ditumbangkan, beliau menasihatkan saya supaya tukar kepada tumbangkan lembu pula kerana sudah dua kali majlis kerbau ditumbangkan, kalau buat kerbau juga beliau tidak mahu datang menolong dan menjadi tukang masak, jawab saya Insya Allah lembu :) heheh

4- Ada orang bertanya kakak saya, bila nak kahwin, kelakar betul sebab kakak saya dah kawen, dan beliau menjawab, saya dah kawenla, napa nampak macam tak kawen ke? muda la tu maksudnya....

5- Soalan yang berkaitan tema majlis saya pun banyak. Soalan pasal bila saya nak kahwen lagila terlalu banyak dan tak terlarat nak menjawabnya. Malah ada juga yang dah expect majlis saya grand hanya kerana saya selalu berkata nak sambung Phd, ya lah majlis orang buat Phd mesti grand. tapi yang sebenarnya tak buat pun lagi proposal still blank, yang master pun belum baiki lagi.

untuk adikku, selamat pengantin baru dan semoga berbahagia hingga ke syurga...

doa untuk pengantin:

BarakAllahu Lakuma wabaraka Alaykuma wajama`a baynakuma fi khayr

Thursday, December 10, 2009

Tudung-tudung

Corak tudung yang menawan hati :)


Merah



Kelabu



Ungu

Untuk dijual

Wednesday, December 9, 2009

Belian Buku Hujung Tahun 2009

Buku2 yang saya beli sebelum tahun 2009 berakhir.

1. PENGEMBARAAN IBN BATTUTAH
Saya beli buku ini daripada promoter yang mempromosikannya di jabatan kami dengan harga RM200,dan dapat paper bag IKIM, DVD Jejak Rasul, menurut promoter harganya murah, biasa adalah mahal lagi, tetapi tidak tahulah ia benar ataupun tidak, semoga ia harga yang murah dan saya tidak menyesal membelinya. Berikut merupakan pakej yang ditawarkan dengan harga RM200 itu, lebih menarik daripada itu, pembeli boleh membelinya dan membayar secara ansuran sebanyak empat kali.



Buku Pengembaraan Ibn Battutah



DVD Jejak Rasul 14 Ibn Battutah



Paper bag IKIM

2. Buku Sifat Shalat Nabi dan juga Fadhilah Shalat Malam

Kedua-dua buku ini dibeli dengan harga hanya RM14.00 ketika Seminar Isu Semasa dan Cabaran Semasa al-Quran dan Sunnah pada hari Selasa baru-baru ini, memandangkan harganya murah, dan boleh dapat dua biji buku, saya pun membelinya, tidak ketahuanlah bila saya akan habis membacanya:)



Sifat Shalat Nabi



Fadhilah Shalat Malam

3. Pasak

Buku yang ditulis oleh Prof Madya Dr Mohd Arip Hj Kasmo ini hanya berharga RM10 sahaja. Dibeli semasa beliau datang untuk menyampaikan talk pada Seminar Isu Semasa dan Cabaran Semasa al-Quran dan al-Hadith, saya juga tolong menjaga gerai yang menjual buku ini. Dalam masa tidak sampai dua jam, 57 biji buku ini terjual macam pisang goreng panas, dan Prof Madya Dr Mohd Arip Hj Kasmo hanya membawa balik tiga biji sahaja. Sangat2 laku, semoga Allah terus memberikan beliu ilham untuk berkarya.





PASAK

Semoga saya berjaya menghabiskan baca semua buku ini, aminn

Tuesday, December 8, 2009

Alhamdulillah

Alhamdulillah,

Seminar Isu semasa dan cabaran semasa dalam al-Quran dan Sunnah, telahpun selesai, syukur sangat2, penyertaan sangat membentangkan, ramai yang datang untuk mendengar talk yang disampaikan oleh Dr Asri, mantan mufti Perlis, seperti mana yang tercatat dalam brosur yang diedarkan, malangnya kita merancang, tetapi Allah sebaik2 perancang, beliau tidak berkesempatan hadir dan menyampaikan bicara bertajuk Cabaran Memartabatkan al-Quran dan al-Hadith, kerana mempunyai urusan lebih penting di USM,

yang pentingnya, buku yang saya jual banyak la laku, rupa2nya bila barang terjual nikmatnya lebih seronok daripada membeli barang, heheh