Monday, November 30, 2009

Artikel

Hari ini saya sudah berada di pejabat walaupun mengikut perancangan awal saya ingin mula bekerja esok dan saya masih berada di kampung setakat ini, bagaimanapun di saat akhir fikiran saya berubah dan saya ikut aisyah ke Kuantan dan menaiki bas dari Kuantan ke Kuala Lumpur.

Pagi Khamis ini pula, saya akan bertolak pulang sekali lagi ke kampung, sebelah malamnya akad nikah saya, tetapi ada banyak suatu yang menghalang saya berada di kampung. Selain emosi dan mental tidak berapa stabil jika di kampung, saya perlu menyiapkan dua artikel, satu resume, entahlah sejak akhir2 ini saya semakin tidak tahu apa yang saya hendak, semakin tidak tahu ke mana hendak dituju, saya tidak mahu jadi manusia robot, kerana yang saya inginkan belum kelihatan, menjadikan saya semakin terumbang-ambing, tapi saya percaya dalam keadaan tertekan begini, saya masih perlu dan akan menyiapkan apa yang patut.

Monday, November 23, 2009

Saya balik raya esok......

Sudah lama saya merancang untuk tidak balik raya haji, sejak sebelum raya Aidilfitri baru-baru ini lagi, kenapa saya tidak mahu balik raya haji? Sebab seminggu selepas itu saya akan balik juga untuk majlis walimah adik saya seminggu selepas itu, pada 4hb Disember 2009. Adalah merugikan jika saya balik dua kali, untuk bercuti panjang pula menyebabkan kerja saya menimbun di pejabat, tetapi pilihan saya yang berbulan-bulan akhirnya menjadi lain, kerana Allah merancang sesuatu yang berlainan dengan perancangan saya, dan dan pilihan Allah juga berlainan dengan pilihan saya.

Akhirnya, daripada pilihan untuk tidak balik bertukar menjadi keputusan saya balik ke Terengganu seawal pagi esok, iye hari Selasa, empat hari sebelum Raya Adiladha, dan kembali ke KL pada 30 hb November 2009. Lama betul cuti saya, dan saya balik semula untuk walimah adik saya pada 3 Dis 2009, malam tu dia akad nikah, oklah kan, dan kembali semula pada 6 Disember 2009.

Bagaimana saya boleh berubah fikiran, ini semua kerja kakak saya yg mengajak saya balik dengannya pada hari Khamis ni. Kononnya dia ada seminar hari ini hingga Rabu, jadi dia dtg KL, dan pulang semula pada hari Khamis, jadi saya hanya perlu membeli tiga tiket, jimat sikit duit. Bagaimanapun malangnya, dia menelefon saya setelah saya membeli tiket pulang ke KL 30hb November ini, katanya saya tidak boleh balik sekali dengan dia dan suami, kerana suami dia ingin membawa pulang ke Kuala Terengganu kakak iparnya konvo JQAF di PICC Rabu ini. Justeru itu tidaklah muat keretanya untuk saya seorang. Jadi dia berkorban dan mengajak saya balik sekali dgn bas. Bagaimanapun pada hari Sabtu baru2 ni, hanya tiket hari Selasa sahaja yang masih ada, dan yang lain sudah habis, seminarnya tidak habis lagi hari Selasa, justeru itu, hanya saya boleh hari Selasa, dan saya baliklah esok, manakala dia baliklah dengan suaminya dan kakak iparnya hari Khamis ini.

Moral of the story, selama mana pun kita merancang, berkeras dengan pilihan yang dirancang, tetapi sekiranya Allah mempunyai pilihan dan rancangan yang lain, maka terpadamlah rancangan dan pilihan kita dari takdir hidup kita.

Sunday, November 22, 2009

Seminar Isu-isu dan Cabaran Semasa al-Quran dan Sunnah



Seminar Isu-isu dan Cabaran Semasa al-Quran dan Sunnah




8 Disember 2009
Selasa
8.30-5.15 petang
Balai Ilmu, Akademi Pengajian Islam, Universiti Malaya.

Anjuran bersama:
Jabatan al-Quran dan al-Hadith,Akademi Pengajian Islam Universiti Malaya
dan Jabatan Mufti Negeri Perlis.

Yuran penyertaan:
Pelajar : RM15
Bukan Pelajar: RM 25.00

Monday, November 16, 2009

Apa yang akan dibuat??

Apa yang anda akan lakukan sekiranya termakan dalam bekas yang dicuci tetapi berbau sabun???

A- minum air masak banyak
B- makan nasi
C- minum radix

saya makan mi bandung muar dalam bekas yang berbau sabun sehinggalah habis dan kini sendawa saya pun berbau sabun, harapnya tidak menjejaskan kesihatan

Jalan-jalan

Teruja tengok cik Madiha update blog dia jalan2 kat Perancis, saya jalan2 jugak kat Kuala Lumpur ni sambil buat penyelidikan tentang pengajian al-QUran di kalangan warga buta di Malaysia, tetapi yang menariknya di samping penyelidikan tu dapat satu lagi kerja tambahan, semangat nak jadi usahawan kecil2an manatahu nati2 lepas ni ada bakat jadi usahawan berjaya, semangat baiki tesis belum muncul2, semangat berniaga kerongsang lagi menyala ada:)

Monday, November 9, 2009

Perjalanan Doktor Falsafah

Semalam saya dan sahabat baik saya yang sedang buat PhD berbual dengan penyelia saya semasa Master, tetiba penyelia saya bersuara, "Ana rasa enti berdua ni kena nikah dulu, kesian kalu tidak,"

Semudah itu beliau melontarkan idea seolah-olah kami tidak pernah terfikir, memikir, dan berusaha ke arah itu, saya membalas kepadanya supaya perbualan ke arah itu tidak berlanjutan,"Kata orang kalau nak anak bijak, kena tengok kelulusan ibunya, semakin tinggi ibunya mengaji dan rajin belajar semakin bijak anaknya(saya tidak ingat dengar di mana, mungkin betul mungkin juga tidak, tetapi banyak perkara perlu dibincangkan sebelum bersetuju dengan hipotesis tersebut),"

Beliau nampaknya bersetuju dengan kata-kata saya dan menyambung, "Iya betul, ana setuju tetapi kesian la kat enti berdua nanti tua macam tu je," kawan saya dan saya segera mematikan perbualan, "Insya Allah kami sedang mencari," sebelum masuk seorang pensyarah sambilan dari Timur Tengah berbual dengan penyelia saya, Saya ketawa dalam hati melihat mereka berdua berbual, penyelia saya hanya setakat pinggang pensyarah sambilan tersebut.

Habis mereka berbual, penyelia saya berpaling ke arah kami dan berkata, "Dia tu sedang cari isteri." Ingatkan dah habis perbualan pasal tu rupanya tidak, memang suka benar mengusik jiwa-jiwa kami ini dengan isu ini, sangat tidak disukai, semoga dia cepat2lah datang sebelum saya menyambung Phd dan terus menutup rapat2 pintu hati ini selama beberapa tempoh masa.

Terjumpa perjalanan doktor falsafah di kosmo

http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2009&dt=1110&pub=Kosmo&sec=Rencana_Utama&pg=ru_01.htm

Perjalanan doktor falsafah

Oleh IZYAN LIYANA MOHD. DARIF
izyanliyana.mdarif@kosmo.com.my

Mereka yang berjaya menamatkan pengajian hingga ke peringkat Ph.D menceritakan bahawa laluannya bukan mudah dan penuh dengan ranjau berduri. Namun, apakah yang menyebabkan mereka nekad?



--------------------------------------------------------------------------------


SUDAH tiga kali dia mengelilingi Bulatan Bistari berhampiran Seksyen 2, Shah Alam, Selangor. Dr. Siti Zabedah Mohd. Shariff, 53, seolah-olah sukar untuk menentukan arah yang hendak dituju. Semuanya menjadi serba tidak kena memandangkan di fikirannya hanya memikirkan kata-kata penasihat yang memintanya membaiki dan mempertingkatkan tesis Ph.Dnya.

Pada waktu itu Siti Zabedah mula resah dan kecewa. Pening memikirkan kaedah dan informasi tambahan yang diperlukan untuk memantapkan tesis berkenaan. Apatah lagi tempoh tamat pengajian semakin hampir sedangkan dia baru sahaja memulakan bab lima tesisnya.

"Proses pembelajaran di peringkat doktor falsafah (Ph.D) cukup memenatkan dan memeritkan. Sebelum ini saya pernah mendengar keluhan bahawa proses pengajian Ph.D cukup jauh berbeza dengan diploma, ijazah mahupun sarjana. Namun semangat yang berkobar-kobar untuk belajar saya tidak mengendahkan keluhan tersebut.

"Sebaliknya saya berazam untuk menempuh apa saja rintangan yang datang. Namun keazaman itu goyah seketika sebaik sahaja memasuki tahun kelima pengajian. Kesabaran saya diuji. Semakin hampir ke garisan penamat semakin kuat cabaran yang datang," imbas Siti Zabedah yang baru sahaja menerima anugerah Ijazah Doktor Falsafah Sebaran Am, pada Istiadat Konvokesyen ke-71, Universiti Teknologi Mara (UiTM), Shah Alam.

Kini pensyarah kanan jurusan kewartawanan, Fakulti Komunikasi dan Pengajian Media itu sudah mampu tersenyum. Pergelutan selama enam tahun melunaskan tesisnya membuahkan hasil.

Perjalanan

Namun dalam membiasakan diri dengan gelaran doktor falsafah, Siti Zabedah masih sukar melupakan keperitan yang dihadapi sepanjang proses pengajiannya.

Laporan tesis yang disusun rapi di atas rak buku sentiasa mengingatkan Siti Zabedah betapa payahnya untuk sampai ke tahap ini. Jelas bekas pelajar Sekolah Menengah Convent Muar, Johor itu proses pembelajaran peringkat Ph.D diibaratkan sebuah perjalanan persendirian. Segala-galanya perlu dilakukan sendiri tanpa bantuan teman mahupun orang sekeliling.

Dia menyifatkan ketika bergelar calon Ph.D, Siti Zabedah bagaikan berada di tengah-tengah antara peranan seorang pensyarah, keluarga, anak dan teman. Pada situasi tersebut semua aspek perlu diuruskan secara serentak tanpa membiarkan ada yang tercicir.

"Saya perlu bijak menguruskan masa. Setiap detik yang berlalu begitu berharga dan saya tidak pernah sia-siakan. Sebab itu selama tempoh pengajian, kehidupan saya bermula seawal pukul 4 pagi. Celik saja mata saya terus menuju ke komputer untuk menyiapkan laporan tesis. Idea-idea pada waktu pagi mencurah-curah memandangkan fikiran kita segar pada waktu itu.

"Tepat saja pada pukul 5.30 pagi saya menguruskan hal rumah tangga seperti mengemas rumah, membasuh baju dan paling utama memasak sarapan pagi dan hidangan tengah hari. Ini kerana selain suami dan anak-anak saya turut menjaga dan menguruskan kebajikan ibu yang sudah berusia dan uzur," jelas Siti Zabedah yang bergegas ke kuliah pada pukul 8 pagi dan tamat pukul 5 petang.

Seharian berada di kampus, Siti Zabedah yang pernah bertugas sebagai penyunting berita di Radio Televisyen Malaysia (RTM), selama 17 tahun seboleh-bolehnya menyiapkan segala keperluan kuliah. Bermula daripada bahan-bahan pengajaran, tugasan atau soalan kuiz, Siti Zabedah mahu sempurnakan segala-galanya secepat mungkin.

Penulisan akademik

Ini kerana waktu di rumah hanya diperuntukkan untuk keluarga dan sebahagian besar menyiapkan laporan tesisnya.

Dalam pada itu dia sentiasa berusaha mencuri masa ke perpustakaan mencari buku dan jurnal untuk dibuat rujukan. Sehinggakan pada hujung minggu Siti Zabedah perlu mengorbankan waktu santainya dengan mengunjungi stesen televisyen yang menjadi bahan kajian tesisnya.


SITI ZABEDAH mengambil masa selama enam tahun untuk menghabiskan tesis Ph.Dnya.

--------------------------------------------------------------------------------


"Tesis merupakan penulisan akademik. Ia tidak sama seperti penulisan rencana mahupun karangan. Setiap ayat yang ditulis perlu disokong dengan fakta dan contoh. Sebab itu setiap calon Ph.D sentiasa sibuk mencari bahan-bahan rujukan dan bukti bagi mendapatkan hasil tesis yang memberangsangkan," kata Siti Zabedah yang pernah berputus asa untuk meneruskan pengajian Ph.D.

Lebih-lebih lagi apabila keputusan itu diambil tatkala tempoh pengajian masuki tahun kelima. Ini kerana pada satu peringkat dia tidak dapat mengawal dan menguruskan banyak perkara secara serentak.

Enggan membiarkan diri merana kerana pengajiannya, Siti Zabedah tegar menghantar Khidmat Pesanan Ringkas (SMS) kepada penasihatnya untuk tidak meneruskan pengajian. Malangnya niat itu langsung tidak mendapat simpati sebaliknya dia 'dimarahi' kerana tempoh pengajian bakal tamat dalam tempoh setahun saja lagi.

Mengapa beliau mengambil keputusan melanjutkan pelajaran ke tahap Ph.D, sedangkan pada awalnya dia mengerti keperitan yang bakal dialami? Jawapan Siti Zabedah cukup ringkas. Dorongan itu berpunca daripada Kementerian Pengajian Tinggi (KPT).


SHARIFAH RAFIDAH yang telah menerbitkan 40 jurnal berjaya meyakinkan para penilai dan berjaya menamatkan tesisnya.

--------------------------------------------------------------------------------


Usahanya meneruskan pengajian bagi menyahut cabaran KPT yang menyasarkan sekurang-kurangnya 60 peratus pensyarah Institusi Pengajian Tinggi Awam (IPTA) di seluruh negara memiliki Ph.D menjelang 2020.

Namun sebelum menamatkan bicara, Siti Zabedah sempat melahirkan rasa tidak puas hati kepada individu yang tidak bertanggungjawab membeli dan menghadiri konvokesyen di universiti luar negara tanpa menjalani proses pengajian sebenar.

"Ia tidak adil bagi kami yang bersusah payah dalam segala aspek. Sanggup mengorbankan masa dan tenaga semata-mata untuk memegang segulung Ph.D. Tetapi individu yang memiliki kelulusan palsu ini sangat rugi kerana tidak mempunyai kepakaran menghasilkan kajian dan tesis," katanya.

Sementara itu, graduan termuda Universiti Teknologi Malaysia (UTM) yang menerima Ph.D dalam Kejuruteraan Kimia, Sharifah Rafidah Wan Alwi, 28, dua tahun lalu turut melahirkan rasa kesal mengenai isu Ph.D palsu.

Pensyarah Kanan Bahagian Kejuruteraan Kimia, Universiti Teknologi Malaysia (UTM), Skudai, Johor, itu berpendapat, ia adalah tindakan yang tidak patut dan mencemarkan gelaran doktor falsafah.




--------------------------------------------------------------------------------



Mencemar gelaran

Situasi tersebut akan menjejaskan banyak pihak. Misalnya orang tersebut merupakan seorang pensyarah dan menyelia pelajar Ph.D, tapi disebabkan tidak pernah melalui proses Ph.D maka pelajar mereka mungkin kecundang dalam pelajaran.

"Justeru, perkara ini tidak boleh dipandang remeh bagi menjamin generasi masa depan yang cemerlang. Tindakan tegas berbentuk pencegahan perlu diambil untuk membasmi perbuatan ini dari akar umbi. Individu itu juga perlu disenarai hitam oleh majikan bagi memastikan mereka tidak mendapat pekerjaan di tempat lain," kata Sharifah yang pernah membuat kajian teknologi menjimatkan air secara holistik dalam industri dan domestik.

Lebih membanggakan, anak kedua daripada empat orang adik-beradik itu membuat kajian proses integrasi untuk menjimatkan haba. Kaedah baru itu membantu menyasar dan mereka bentuk rangkaian haba secara serentak melalui teknik grafik.

Menceritakan pengalaman pahit dan manis sepanjang pengajian Ph.D, peminat filem Pirate of the Carribean itu menjelaskan, pembentangan viva Ph.D merupakan peristiwa yang sukar dilupakan.

Ini kerana salah seorang penilai viva telah bertanyakan soalan secara bertubi-tubi tanpa memberi peluang kepadanya menjawab. Lebih mengecewakan penilai berkenaan kurang menyokong kaedah penyelesaian Sharifah.

Namun berkat sokongan dan doa keluarga, akhirnya Sharifah yang telah menerbitkan lebih daripada 40 jurnal berjaya meyakinkan penilai itu dan membuat pembetulan laporan tesis dalam tempoh dua minggu saja.

Tambah Sharifah, usia tidak seharusnya menjadi halangan untuk melanjutkan pelajaran ke peringkat Ph.D. Sewaktu belajar di peringkat ijazah, Sharifah tidak sabar menamatkan pengajian dan menunggu panggilan temu duga untuk bekerja.

Namun disebabkan terlalu mencintai ilmu dia berasakan adalah lebih elok terus belajar walaupun sudah mendapat panggilan temu duga untuk bekerja.

Lantas dia melalui proses penukaran peringkat sarjana pada doktor falsafah pada semester kedua pengajiannya. Dalam masa dua tahun lapan bulan Sharifah sudah siap menamatkan tesis.

"Sebab itu saya memperoleh Ph.D awal. Melakukan proses pengajian Ph.D secara terus sama seperti membuat sarjana dan kemudian Ph.D. Cuma tempoh pengajian saya ini menjimatkan masa dan tekanan. Tak perlu melalui dua kali pengajian (sarjana dan Ph.D)," ulas Sharifah yang menerima ijazahnya daripada Pro-Canselor UTM, Raja Zarith Sofia Sultan Idris Shah

semoga ia menjadi penguat semangat:)

Perempuan Berkalong Sorban

Saya sudah menyelesaikan tontonan Filem Perempuan Berkalong Sorban, sejujurnya tidak tahu nak kata apa selepas menonton, download dari Youtube, saya cuma merasakan sekiranya stesen Tv ingin mengimport cerita dari negara seberang, inilah antara cerita yang boleh diimport, dan bukannya cerita yang beratus2 episod yang kemudian nampaknya seolah2 sangat membodohkan penonton, saya rasa semua orang sudah muak dengan cerita2 seberang yang meleret2, dan merapu, hanya ada beberapa contoh sahaja yang layak disiarkan di TV untuk menyuap minda melatihnya menjadi lebih berfikir.

Saturday, November 7, 2009

Pena itu

Sekali peristiwa aku di belakang Nabi saw (menunggang bersama di satu kenderaan), lalu Nabi saw berkata kepadaku:
Wahai si anak kecil! Aku akan mengajarimu beberapa pedoman (dengarlah) Peliharalah Allah, nescaya dia akan memeliharamu.
Peliharalah tujuanmu kepada Allah, nescaya Dia sentiasa akan berada dekat denganmu.
Jika kamu mahu meminta, mintalah kepada Allah.
Jika mahu meminta pertolongan, mintalah pertolongan itu kepada Allah!
Dan ketahuilah, andaikata sesuatu umat itu berkumpul untuk membuat sesuatu manfaat untukmu, nescaya tidak berdaya oleh mereka untuk membuatnya melainkan dengan sesuatu yang telah ditetapkan oleh Allah untukmu.
Dan andaikata mereka berkumpul pula merancang sesuatu mudharat untukmu, nescaya tidak berdaya oleh mereka untuk membuatnya, melainkan dengan sesuatu yang telah ditetapkan oleh Allah ke atasmu.
Pena telah diangkat, dan catatan telah kering.

Friday, November 6, 2009

Atas Nama Cinta-UNIC

Atas Nama Cinta
Album : Tika Itu
Munsyid : UNIC
http://liriknasyid.com


Tika mata
Diuji manisnya senyuman
Terpamit rasa menyubur harapan

Dan seketika
Terlontar ke dunia khayalan
Hingga terlupa singkat perjalanan
Tersedar aku dari terlena
Dibuai lembut belaian cinta

Rela aku pendamkan
Impian yang tersimpan
Enggan ku keasyikan
Gusar keindahannya
Merampas rasa cinta
Pada Dia yang lebih sempuna

Bukan mudah
Bernafas dalam jiwa hamba
Dan ku cuba
Menghindarkan pesona maya
Kerna tak upaya ku hadapinya
Andai murka-Nya menghukum leka

Diatas nama cinta
Pada yang selayaknya
Kunafikan yang fana
Moga dalam hitungan
Setiap pengorbanan
Agar disuluh cahaya redha-Nya


Biar sendiri hingga hujung nyawa
Asal tak sepi dari kasih-Nya
Kerna sesungguhnya hakikat cinta
Hanya Dia yang Esa

Saratkan hati ini dengan cinta hakiki
Sehingga ku rasai
Nikmat-Nya
Syurga-Nya
Cinta-Nya

Rahmat hari Jumaat



alhamdulillah

Wednesday, November 4, 2009

War-war Seminar II

SIMPOSIUM WARISAN DAN TAMADUN ISLAM 2009

PENGENALAN

Melalui sejarah peradaban manusia, secara umumnya umat Islam telah memperlihat perkembangan minda masyarakat setempat dari sudut intelektual dan moral yang menjadi pra-syarat kepada masyarakat manusia dalam kebangunan tamadun atas kedudukan manusia sebagai khalifah bumi. Di Alam Melayu, kedatangan Islam telah mengubah dan mewarnai budaya serta cara hidup masyarakat Melayu daripada pengaruh ajaran Hindu Buddha seterusnya memberi kesedaran akan pentingnya tradisi keilmuan. Maka, lahirlah golongan intelektual Melayu Islam yang berusaha menyebarkan ilmu pengetahuan dengan menjalankan kegiatan penulisan kitab dan manuskrip Melayu bertulisan Jawi, membuat penyalinan dan menyadurkan karya-karya bahasa Arab ke dalam bahasa Melayu. Kecemerlangan bidang keilmuan ini telah membuka minda dan kerangka berfikir masyarakat Melayu terhadap pengamalan seni dan budaya berteraskan Islam sebagai agama anutan. Oleh itu, ketiga-tiga elemen ini telah menjadi warisan masyarakat Melayu kini dan perlu dipelihara serta dikembangkan untuk kelangsungan generasi akan datang. Simposium ini akan menggabungkan tiga seminar iaitu :-

i. Seminar Nyanyian dan Muzik Islam
ii. Seminar Tokoh Ulama Nusantara – Tuan Tabal
iii. Seminar Manuskrip dan Tulisan Jawi Nusantara

Bagi memperkasakan kembali ketiga-tiga elemen warisan kebudayaan Islam ini, Jabatan Sejarah dan Tamadun Islam, Akademi Pengajian Islam Universiti Malaya merasa terpanggil untuk menganjurkan simposium ini sebagai usaha untuk memberi pendedahan mengenai seni muzik, tokoh ulama (Tuan Tabal) dan bidang persuratan Melayu-Islam khususnya tulisan Jawi, seterusnya merungkai segala permasalahan yang membelenggu serta memperkayakan sumber-sumber sejarah berkaitan warisan Islam di Alam Melayu.

OBJEKTIF SEMINAR

i. Menganalisis Warisan dan Tamadun Islam Nusantara dari pelbagai aspek yang telah mewarnai dunia pada hari ini.

ii. Memaparkan sejarah dan perkembangan hiburan dan muzik Islam khususnya di Malaysia dan Indonesia selain membuat huraian mengenai hukum seni yang berkaitan.

iii. Memaparkan sumbangan ulama Alam Melayu khususnya Tuan Tabal dalam persuratan Islam menerusi hasil karangan beliau yang menjadi khazanah berharga.

iv. Mendedahkan peranan dan sumbangan tulisan jawi berdasarkan kitab dan manuskrip Melayu di samping mengenengahkan cabaran dan cadangan bagi memartabatkan kembali tulisan jawi.

TEMA

“Warisan Islam Inspirasi Tamadun Bangsa"

TARIKH

28 - 29 Disember 2009 / 11 - 12 Muharam 1431

TEMPAT

Akademi Pengajian Islam, Universiti Malaya

SKOP BIDANG

Warisan Islam – Persuratan Islam – Historiografi Islam Alam Melayu – Tamadun Islam – Tulisan Jawi – Manuskrip Jawi – Tokoh Ulama dan Sumbangannya – Karya-karya Tuan Tabal –Tuan Tabal dan pembangunan Institusi Islam – Muzik dan Nyanyian Islam – Industri Nasyid – Seni Islam.

YURAN PENYERTAAN

Penyertaan adalah terbuka kepada mereka yang berminat.

1. RM 300 bagi setiap pembentang
2. RM 250 bagi kertas sisipan
3. RM 250 bagi peserta- wakil Institusi
4. RM 100 bagi peserta individu
5. RM 50 bagi Pelajar


TENTATIF SEMINAR

Hari Pertama, Isnin ( 28/ 12/ 2009 )

8.00 am : Pendaftaran/ sarapan pagi
9.00 am : Sesi Pembentangan I
11.00 am : Pembentang jemputan
12.00 pm : Perasmian
1.00 pm : Makan tengahari dan rehat
2.30 pm : Pembentangan Jemputan
3.30 pm : Sesi Pembentangan II
5.30 pm : Jamuan dan bersurai

Malam

8.00 pm : Malam warisan dan kebudayaan Islam (Persembahan Muzik Islam)
-Demonstrasi khat
-Pameran kebudayaan dan kesenian

11.00 pm : Bersurai

Hari Kedua, Selasa ( 29/ 12/ 2009 )

8.00 am : Pendaftaran/ sarapan pagi
9.00 am : Sesi Pembentangan III
11.00 am : Pembentang jemputan
1.00 pm : Makan tengahari dan rehat
2.30 pm : Sesi Pembentangan IV
4.30 pm : Jamuan dan bersurai

MAKLUMAT LANJUT

Sila hubungi:

Sekretariat Simposium Warisan dan Tamadun Islam 2009,
Jabatan Sejarah dan Tamadun Islam,
Akademi Pengajian Islam,
Universiti Malaya,
50603 Kuala Lumpur, MALAYSIA.

Tel: 03-79676008 / 6058 / 6224 Fax: 03-79676144
Email: jstiapium@yahoo.com
Blog: http://simposium09.blogspot.com

War-war Seminar

SEMINAR TAKHRIJ HADITH NUSANTARA REALITI DAN KEPERLUAN DALAM MASYARAKAT ISLAM

Anjuran:
Jabatan al-Quran dan al-Hadith, Akademi Pengajian Islam Universiti Malaya Kuala Lumpur

Dengan Kerjasama:
Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) Bahagian Ijazah Tinggi, Akademi Pengajian Islam, UM

Pada:
30 & 31 Disember 2009 (Rabu – Khamis)


Objektif
Seminar ini diadakan dengan objektif seperti berikut:

1. Mengenal pasti keperluan dan kepentingan takhrij hadith serta cabaran dan rintangannya dalam masyarakat Islam serantau.

2.
Memastikan ketelusan dan kesahihan fakta yang dijadikan dalil daripada hadith Nabi SAW sebagai sumber hujah.

3.
Menghuraikan peranan Institusi Pengajian Tinggi dalam menangani penyebaran hadith-hadith palsu dan terlalu daif dalam masyarakat awam serantau.

4.
Ke arah penubuhan Darul Hadith sebagai pusat penyelidikan hadith serantau.


Tema:
“Ilmu Takhrij Pemangkin Keutuhan Maklumat”

Tema di atas akan dibahaskan dalam bidang-bidang kajian seperti berikut:

• Cabaran dan Isu-Isu Takhrij di Nusantara

• Takhrij di Institusi Pendidikan dan Institusi Agama

• Takhrij Dalam ICT dan Teknologi Moden

• Takhrij Dalam Pengajaran Umum, Bahan-Bahan Bacaan Umum dan Media Massa

• Darul Hadith

maklumat lanjut, layari: http://takhrijhadith.blogspot.com/

~~~Alhamdulillah

29062007-30102009

Satu tempoh yang lama, tapi alhamdulillah atas nikmatNya, aku bersyukur atas kurniaanMu, dan akan terus meminta untuk nikmat-nikmat lain. Semoga nikmat Iman dan Islam akan terus kekal dalam diri ini.

Tahniah untuk diri ini, sekalipun lulus dengan pembetulan minor selama enam bulan, ia sangat2 disyukuri, terharu atas kurniaanMu. Terima kasih kepada semua teman, prof2 yang memberi tunjuk ajar, semoga tidak lama lagi beroleh ilham untuk tajuk Phd pula, semacam buntu je bila tumpuan terarah ke arah itu.

Monday, November 2, 2009

Salahkah saya

Salahkah bercinta dengannya yang belum hadir
tiada saat berlalu tanpa kufikirkannya
walaupun tidak ku tahu apakah juga dia begitu

Setiap hari ku tunggu dia hadir ke sisi
namun jodoh belum juga bertemu

Mungkin
tahajjud cinta
istikharah cinta
witir cinta
belum melayakkan ketemu

Namun
rasa ini sungguh indah
akan berjuta kali lebih indah
jika orang yang dicinta hadir di depan mata

Hadirlah
aku menunggumu