Saturday, November 7, 2009

Pena itu

Sekali peristiwa aku di belakang Nabi saw (menunggang bersama di satu kenderaan), lalu Nabi saw berkata kepadaku:
Wahai si anak kecil! Aku akan mengajarimu beberapa pedoman (dengarlah) Peliharalah Allah, nescaya dia akan memeliharamu.
Peliharalah tujuanmu kepada Allah, nescaya Dia sentiasa akan berada dekat denganmu.
Jika kamu mahu meminta, mintalah kepada Allah.
Jika mahu meminta pertolongan, mintalah pertolongan itu kepada Allah!
Dan ketahuilah, andaikata sesuatu umat itu berkumpul untuk membuat sesuatu manfaat untukmu, nescaya tidak berdaya oleh mereka untuk membuatnya melainkan dengan sesuatu yang telah ditetapkan oleh Allah untukmu.
Dan andaikata mereka berkumpul pula merancang sesuatu mudharat untukmu, nescaya tidak berdaya oleh mereka untuk membuatnya, melainkan dengan sesuatu yang telah ditetapkan oleh Allah ke atasmu.
Pena telah diangkat, dan catatan telah kering.

Friday, November 6, 2009

Atas Nama Cinta-UNIC

Atas Nama Cinta
Album : Tika Itu
Munsyid : UNIC
http://liriknasyid.com


Tika mata
Diuji manisnya senyuman
Terpamit rasa menyubur harapan

Dan seketika
Terlontar ke dunia khayalan
Hingga terlupa singkat perjalanan
Tersedar aku dari terlena
Dibuai lembut belaian cinta

Rela aku pendamkan
Impian yang tersimpan
Enggan ku keasyikan
Gusar keindahannya
Merampas rasa cinta
Pada Dia yang lebih sempuna

Bukan mudah
Bernafas dalam jiwa hamba
Dan ku cuba
Menghindarkan pesona maya
Kerna tak upaya ku hadapinya
Andai murka-Nya menghukum leka

Diatas nama cinta
Pada yang selayaknya
Kunafikan yang fana
Moga dalam hitungan
Setiap pengorbanan
Agar disuluh cahaya redha-Nya


Biar sendiri hingga hujung nyawa
Asal tak sepi dari kasih-Nya
Kerna sesungguhnya hakikat cinta
Hanya Dia yang Esa

Saratkan hati ini dengan cinta hakiki
Sehingga ku rasai
Nikmat-Nya
Syurga-Nya
Cinta-Nya

Rahmat hari Jumaat



alhamdulillah

Wednesday, November 4, 2009

War-war Seminar II

SIMPOSIUM WARISAN DAN TAMADUN ISLAM 2009

PENGENALAN

Melalui sejarah peradaban manusia, secara umumnya umat Islam telah memperlihat perkembangan minda masyarakat setempat dari sudut intelektual dan moral yang menjadi pra-syarat kepada masyarakat manusia dalam kebangunan tamadun atas kedudukan manusia sebagai khalifah bumi. Di Alam Melayu, kedatangan Islam telah mengubah dan mewarnai budaya serta cara hidup masyarakat Melayu daripada pengaruh ajaran Hindu Buddha seterusnya memberi kesedaran akan pentingnya tradisi keilmuan. Maka, lahirlah golongan intelektual Melayu Islam yang berusaha menyebarkan ilmu pengetahuan dengan menjalankan kegiatan penulisan kitab dan manuskrip Melayu bertulisan Jawi, membuat penyalinan dan menyadurkan karya-karya bahasa Arab ke dalam bahasa Melayu. Kecemerlangan bidang keilmuan ini telah membuka minda dan kerangka berfikir masyarakat Melayu terhadap pengamalan seni dan budaya berteraskan Islam sebagai agama anutan. Oleh itu, ketiga-tiga elemen ini telah menjadi warisan masyarakat Melayu kini dan perlu dipelihara serta dikembangkan untuk kelangsungan generasi akan datang. Simposium ini akan menggabungkan tiga seminar iaitu :-

i. Seminar Nyanyian dan Muzik Islam
ii. Seminar Tokoh Ulama Nusantara – Tuan Tabal
iii. Seminar Manuskrip dan Tulisan Jawi Nusantara

Bagi memperkasakan kembali ketiga-tiga elemen warisan kebudayaan Islam ini, Jabatan Sejarah dan Tamadun Islam, Akademi Pengajian Islam Universiti Malaya merasa terpanggil untuk menganjurkan simposium ini sebagai usaha untuk memberi pendedahan mengenai seni muzik, tokoh ulama (Tuan Tabal) dan bidang persuratan Melayu-Islam khususnya tulisan Jawi, seterusnya merungkai segala permasalahan yang membelenggu serta memperkayakan sumber-sumber sejarah berkaitan warisan Islam di Alam Melayu.

OBJEKTIF SEMINAR

i. Menganalisis Warisan dan Tamadun Islam Nusantara dari pelbagai aspek yang telah mewarnai dunia pada hari ini.

ii. Memaparkan sejarah dan perkembangan hiburan dan muzik Islam khususnya di Malaysia dan Indonesia selain membuat huraian mengenai hukum seni yang berkaitan.

iii. Memaparkan sumbangan ulama Alam Melayu khususnya Tuan Tabal dalam persuratan Islam menerusi hasil karangan beliau yang menjadi khazanah berharga.

iv. Mendedahkan peranan dan sumbangan tulisan jawi berdasarkan kitab dan manuskrip Melayu di samping mengenengahkan cabaran dan cadangan bagi memartabatkan kembali tulisan jawi.

TEMA

“Warisan Islam Inspirasi Tamadun Bangsa"

TARIKH

28 - 29 Disember 2009 / 11 - 12 Muharam 1431

TEMPAT

Akademi Pengajian Islam, Universiti Malaya

SKOP BIDANG

Warisan Islam – Persuratan Islam – Historiografi Islam Alam Melayu – Tamadun Islam – Tulisan Jawi – Manuskrip Jawi – Tokoh Ulama dan Sumbangannya – Karya-karya Tuan Tabal –Tuan Tabal dan pembangunan Institusi Islam – Muzik dan Nyanyian Islam – Industri Nasyid – Seni Islam.

YURAN PENYERTAAN

Penyertaan adalah terbuka kepada mereka yang berminat.

1. RM 300 bagi setiap pembentang
2. RM 250 bagi kertas sisipan
3. RM 250 bagi peserta- wakil Institusi
4. RM 100 bagi peserta individu
5. RM 50 bagi Pelajar


TENTATIF SEMINAR

Hari Pertama, Isnin ( 28/ 12/ 2009 )

8.00 am : Pendaftaran/ sarapan pagi
9.00 am : Sesi Pembentangan I
11.00 am : Pembentang jemputan
12.00 pm : Perasmian
1.00 pm : Makan tengahari dan rehat
2.30 pm : Pembentangan Jemputan
3.30 pm : Sesi Pembentangan II
5.30 pm : Jamuan dan bersurai

Malam

8.00 pm : Malam warisan dan kebudayaan Islam (Persembahan Muzik Islam)
-Demonstrasi khat
-Pameran kebudayaan dan kesenian

11.00 pm : Bersurai

Hari Kedua, Selasa ( 29/ 12/ 2009 )

8.00 am : Pendaftaran/ sarapan pagi
9.00 am : Sesi Pembentangan III
11.00 am : Pembentang jemputan
1.00 pm : Makan tengahari dan rehat
2.30 pm : Sesi Pembentangan IV
4.30 pm : Jamuan dan bersurai

MAKLUMAT LANJUT

Sila hubungi:

Sekretariat Simposium Warisan dan Tamadun Islam 2009,
Jabatan Sejarah dan Tamadun Islam,
Akademi Pengajian Islam,
Universiti Malaya,
50603 Kuala Lumpur, MALAYSIA.

Tel: 03-79676008 / 6058 / 6224 Fax: 03-79676144
Email: jstiapium@yahoo.com
Blog: http://simposium09.blogspot.com

War-war Seminar

SEMINAR TAKHRIJ HADITH NUSANTARA REALITI DAN KEPERLUAN DALAM MASYARAKAT ISLAM

Anjuran:
Jabatan al-Quran dan al-Hadith, Akademi Pengajian Islam Universiti Malaya Kuala Lumpur

Dengan Kerjasama:
Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) Bahagian Ijazah Tinggi, Akademi Pengajian Islam, UM

Pada:
30 & 31 Disember 2009 (Rabu – Khamis)


Objektif
Seminar ini diadakan dengan objektif seperti berikut:

1. Mengenal pasti keperluan dan kepentingan takhrij hadith serta cabaran dan rintangannya dalam masyarakat Islam serantau.

2.
Memastikan ketelusan dan kesahihan fakta yang dijadikan dalil daripada hadith Nabi SAW sebagai sumber hujah.

3.
Menghuraikan peranan Institusi Pengajian Tinggi dalam menangani penyebaran hadith-hadith palsu dan terlalu daif dalam masyarakat awam serantau.

4.
Ke arah penubuhan Darul Hadith sebagai pusat penyelidikan hadith serantau.


Tema:
“Ilmu Takhrij Pemangkin Keutuhan Maklumat”

Tema di atas akan dibahaskan dalam bidang-bidang kajian seperti berikut:

• Cabaran dan Isu-Isu Takhrij di Nusantara

• Takhrij di Institusi Pendidikan dan Institusi Agama

• Takhrij Dalam ICT dan Teknologi Moden

• Takhrij Dalam Pengajaran Umum, Bahan-Bahan Bacaan Umum dan Media Massa

• Darul Hadith

maklumat lanjut, layari: http://takhrijhadith.blogspot.com/

~~~Alhamdulillah

29062007-30102009

Satu tempoh yang lama, tapi alhamdulillah atas nikmatNya, aku bersyukur atas kurniaanMu, dan akan terus meminta untuk nikmat-nikmat lain. Semoga nikmat Iman dan Islam akan terus kekal dalam diri ini.

Tahniah untuk diri ini, sekalipun lulus dengan pembetulan minor selama enam bulan, ia sangat2 disyukuri, terharu atas kurniaanMu. Terima kasih kepada semua teman, prof2 yang memberi tunjuk ajar, semoga tidak lama lagi beroleh ilham untuk tajuk Phd pula, semacam buntu je bila tumpuan terarah ke arah itu.

Monday, November 2, 2009

Salahkah saya

Salahkah bercinta dengannya yang belum hadir
tiada saat berlalu tanpa kufikirkannya
walaupun tidak ku tahu apakah juga dia begitu

Setiap hari ku tunggu dia hadir ke sisi
namun jodoh belum juga bertemu

Mungkin
tahajjud cinta
istikharah cinta
witir cinta
belum melayakkan ketemu

Namun
rasa ini sungguh indah
akan berjuta kali lebih indah
jika orang yang dicinta hadir di depan mata

Hadirlah
aku menunggumu