Wednesday, October 28, 2009

Cahaya Berliku

Berliku kah cahaya
Cahaya tidak pernah berliku
Cahaya juga binatang paling laju dalam dunia
tapi bagaimana jika ia berliku

ia berliku bukanlah kerana ia tidak menemui arah yang betul
tetapi manusialah yang membuatkan ia berliku

kerana manusia menutup pintu hati
kerana menusia menutup pintu mata
menutup pintu telinga

malah menutup setutup-tutupnya,
bimbang yang kelat menjadi jernih
risau yang hitam menjadi putih
kesal andai yang jahat bertukar menjadi baik
resah jika yang ternoda menjadi suci

begitulah faktor menjadikan cahaya berliku

No comments:

Post a Comment