Monday, November 23, 2009

Saya balik raya esok......

Sudah lama saya merancang untuk tidak balik raya haji, sejak sebelum raya Aidilfitri baru-baru ini lagi, kenapa saya tidak mahu balik raya haji? Sebab seminggu selepas itu saya akan balik juga untuk majlis walimah adik saya seminggu selepas itu, pada 4hb Disember 2009. Adalah merugikan jika saya balik dua kali, untuk bercuti panjang pula menyebabkan kerja saya menimbun di pejabat, tetapi pilihan saya yang berbulan-bulan akhirnya menjadi lain, kerana Allah merancang sesuatu yang berlainan dengan perancangan saya, dan dan pilihan Allah juga berlainan dengan pilihan saya.

Akhirnya, daripada pilihan untuk tidak balik bertukar menjadi keputusan saya balik ke Terengganu seawal pagi esok, iye hari Selasa, empat hari sebelum Raya Adiladha, dan kembali ke KL pada 30 hb November 2009. Lama betul cuti saya, dan saya balik semula untuk walimah adik saya pada 3 Dis 2009, malam tu dia akad nikah, oklah kan, dan kembali semula pada 6 Disember 2009.

Bagaimana saya boleh berubah fikiran, ini semua kerja kakak saya yg mengajak saya balik dengannya pada hari Khamis ni. Kononnya dia ada seminar hari ini hingga Rabu, jadi dia dtg KL, dan pulang semula pada hari Khamis, jadi saya hanya perlu membeli tiga tiket, jimat sikit duit. Bagaimanapun malangnya, dia menelefon saya setelah saya membeli tiket pulang ke KL 30hb November ini, katanya saya tidak boleh balik sekali dengan dia dan suami, kerana suami dia ingin membawa pulang ke Kuala Terengganu kakak iparnya konvo JQAF di PICC Rabu ini. Justeru itu tidaklah muat keretanya untuk saya seorang. Jadi dia berkorban dan mengajak saya balik sekali dgn bas. Bagaimanapun pada hari Sabtu baru2 ni, hanya tiket hari Selasa sahaja yang masih ada, dan yang lain sudah habis, seminarnya tidak habis lagi hari Selasa, justeru itu, hanya saya boleh hari Selasa, dan saya baliklah esok, manakala dia baliklah dengan suaminya dan kakak iparnya hari Khamis ini.

Moral of the story, selama mana pun kita merancang, berkeras dengan pilihan yang dirancang, tetapi sekiranya Allah mempunyai pilihan dan rancangan yang lain, maka terpadamlah rancangan dan pilihan kita dari takdir hidup kita.

No comments:

Post a Comment