Monday, November 30, 2009

Artikel

Hari ini saya sudah berada di pejabat walaupun mengikut perancangan awal saya ingin mula bekerja esok dan saya masih berada di kampung setakat ini, bagaimanapun di saat akhir fikiran saya berubah dan saya ikut aisyah ke Kuantan dan menaiki bas dari Kuantan ke Kuala Lumpur.

Pagi Khamis ini pula, saya akan bertolak pulang sekali lagi ke kampung, sebelah malamnya akad nikah saya, tetapi ada banyak suatu yang menghalang saya berada di kampung. Selain emosi dan mental tidak berapa stabil jika di kampung, saya perlu menyiapkan dua artikel, satu resume, entahlah sejak akhir2 ini saya semakin tidak tahu apa yang saya hendak, semakin tidak tahu ke mana hendak dituju, saya tidak mahu jadi manusia robot, kerana yang saya inginkan belum kelihatan, menjadikan saya semakin terumbang-ambing, tapi saya percaya dalam keadaan tertekan begini, saya masih perlu dan akan menyiapkan apa yang patut.

2 comments:

  1. Dib!! Pagi Khamis ini pula, saya akan bertolak pulang sekali lagi ke kampung, sebelah malamnya "akad nikah saya"????

    ReplyDelete
  2. akad nikah adik saya la
    lupa perkataan adik hehehehe

    kalau saya kahwin saya jemput laaa.

    ReplyDelete