Thursday, January 7, 2010

Apabila sahabat saya mendiamkan diri

Kata orang, "al-Sukut `alamat al-ridha", maksudnya diam itu tanda setuju, di sini saya ingin menceritakan mengenai sahabat saya yang mendiamkan diri di saat dia ditanya mengenai keputusan lamaran seorang lelaki soleh kepadanya.

Rentetannya bermula apabila boss kami ingin mengusik saya dengan pelajarnya, seorang pelajar ijazah tinggi di jabatan kami, pelajar yang berkulit hitam itu dipromosikan secara berterusan kepada saya, kata boss saya di petang Jumaat itu, "Enti, dia tu tengah cari isteri, enti mahu," tanya beliau kepada saya. Saya sekadar diam, dia meneruskan ceritanya mengenai lelaki berkulit hitam itu kepada saya, kemudian beliau mengakhiri ceritanya dengan soalan yang berbunyi, "Enti mahu kah," saya sekadar bergurau menjawab soalan itu dengan lelucon, "Beri masa untuk saya beristikharah," sambil tersenyum,saya tahu beliau melawak sahaja, tetapi apabila beliau menyambung bicaranya dengan menyatakan bahawa beliau akan bertanya keputusan istikharah saya selepas seminggu, saya mula cuak, mana bisa saya menerimanya, kot iya pun saya terdesak. Tetapi di sinilah sahabat saya memainkan peranan, jawabnya serius, "Insya Allah, kami berikan jawapan selepas seminggu." Saya sangat takut dan berharap Boss kami itu melupakan bicara kami itu, Alhamdulillah minggu berganti minggu, bulan berganti bulan,ternyata persoalan itu luput daripada ingatan kami bertiga.....

Sehinggalah pada suatu hari....... dalam bilik mesyuarat selepas mesyuarat, sahabat dan saya tidak bermesyuarat tetapi dijemput makan sahaja bersama-sama. Sahabat saya ini sangat suka menjawab segala sakatan2 dan asakan2 orang lain sehinggalah beliau memerangkap dirinya sendiri dalam polemik yang tidak berkesudahan, dan berpanjangan hingga ke hari ini=) saya mengharapkan yang terbaik untuk beliau dan juga semua=)

No comments:

Post a Comment