Monday, February 15, 2010

Demi masa depan anak-anak

Semalam saya berpeluang menonton Pisau Cukur yang didownload dari Youtube.com, Pisau Cukur, kisahnya dah banyakk direview dalam internet, kebanyakan cakap seronok ditonton dan menghiburkan, satu perkara yang memang tak leh dinafikan, tapi saya berupaya menonton dengan sepenuh hati sekejap saja, selepas itu pemikiran saya terawang2 walaupun di depan saya laptop memaparkan Pisau Cukur. Saya memikirkan ayat Bella lakonan Maya Karin, dia memburu lelaki kaya untuk menjamin masa depan anak2nya. supaya anak2 nya tidak mengalami kesusahan yang dialami oleh dirinya sejak kematian emak dan ayahnya... Ayat yang terngiang2 di telinga sehingga ke sudah cerita, tentulah dalam csrita ini yang dimaksudkan menjamin masa depan anak2 ialah seorang suami yang kaya, berstatus Tan Sri dan mempunyai perniagaan berjuta2


Tetapi bagaimanakah pula kita yang di luar ini memilih suami yang menjamin masa depan anak2, huhuhu tentulah bukan yang kaya, bukan mempunyai perniagaan berjuta2, bukan mempunyai kereta berlegar di depan banglo mewah, lalu bagaimana??? Tepuk dada tanya iman....

No comments:

Post a Comment