Tuesday, February 16, 2010

Lelaki masa kini

Saya sebenarnya memang tidak suka dicuit2 oleh orang yang tidak dikenali terutama di tempat awam, dahlah kepergian itu untuk membeli tiket di Putra itu seorang, tidak berteman, tetapi kakak yang mencuit ini mujur tidak berbuat apa-apa, dia hanya mahu bertanyakan waktu ketika itu, "Dik, pukul berapa dik?" Saya memberitahu beliau waktu ketika itu adalah 3.15, selepas itu beliau bertanya lagi, adakah saya orang Sarawak dengan hanya melihat corak2 di jubah yang dipakai, jawab saya tak, kerana saya orang Terengganu, owh saya takut betul diapa2kan di stesen lrt universiti tadi, selepas dua soalan tu, saya memandang beliau sekilas, sambil melihat tas tangannya, wahh berjenama LV, kemudian dia tanya lagi, "Dik, adik suka berdikari ke duduk bawah celah ketiak mak?" Walaupun saya belum boleh dikategorikan berdikari kerana mak masih bagi duit kat saya walaupun dah bekerja, saya tetap jawab ya... Kemudian beliau meneruskan syarahan tak berbayar beliau sehinggalah lrt beliau sampai....

Beliau mempertikaikan sikap kaum lelaki masa kini yang suka duk bawah celah ketiak emak, tak mahu beli rumah, tak mahu bekerja, malah beliau menyifatkan kaum pendatang lagi gigih lagi rajin, boleh beli tanah, buat rumah dan kereta, tetapi orang lelaki ini, suka duk bawah celah ketiak mak, taknak buat rumah, saya tidak tahulah siapa yang dimaksudkan, tetapi telinga saya tak mampu menghadam semua kata2 beliau itu kerana saya bukanlah pendengar yang baik, saya cuma mampu menganggukkan kepala.
Mujurlah saya perempuan yang mendengar luahan hati beliau, kalaulah lelaki mesti tak senang duduk dah.

Akhirnya saya membuat keputusan mungkin beliau bergaduh dengan suami atau teman lelaki dia.

No comments:

Post a Comment