Monday, March 1, 2010

Ketika Cinta Bertasbih

Alhamdulillah, berjaya memprint tesis di kedai Polo, dan berjaya membawa ke tempat penjilidan sebanyak 10 jilid, terkejut petugas yang ada kat situ, dia kata banyak, padahal 6 copies adalah untuk fakulti, 1 utk kak wan, 1 utk aisyah, 1 utk wani sbb dia pesan supaya jilid khusus utk dia, dan hanya satu sahaja utk saya :( kalau tidak memikirkan duit yang banyak diperlukan selepas ini mahu sahaja saya menjilid sehingga 15 copies, biar semua orang dapat baca tesis saya, biar penat lelah saya buat tesis berbaloi, biar jasa Nik Leh itu diketahui ramai, sebelum ini sangat bercinta saya mencari bahan demi sebuah tesis ini, itulah namanya penyelidikan jikalau kerana tidak lelah dan penat itu tidaklah sesuatu itu dinamakan sebuah tesis, malah blog ini juga terhasil kerana ingin berkongsi pengalaman menyudahkan penyelidikan itu, waah padahal tak la susah sangat sebenarnya bila dah sudah dan lulus, tetapi semakin hari semakin hala tuju blog ni dah tak tahu ke mana, tetapi banyak keajaiban yang sememangnya hanya dari Allah swt berlaku, selepas satu demi satu yang menyebabkan saya mampu menyudahkannya, saya berharap selepas ini akan ada berita yang lebih baik menyusul, melengkapi kejayaan menjilid tesis ini, Amin , insya Allah (^_^)



Haram-haramkah aku
Bila hatiku jatuh cinta
Tuhan pegangi hatiku
Biar aku tak jadi melanggar
Aku cinta pada dirinya
Cinta pada pandang pertama
Sifat manusia ada padaku
Aku bukan Tuhan

*
Haram-haramkah aku
Bila aku terus menantinya
Biar waktu berakhir
Bumi dan langit berantakan

**
Aku tetap ingin dirinya
Tak mungkin aku berdusta
Hanya Tuhan yang bisa jadikan
Yang tak mungkin menjadi mungkin

Reff:
Aku hanya ingin cinta yang halal
Di mata dunia juga akhirat
Biar aku sepi aku hampa aku basi
Tuhan sayang aku
Aku hanya ingin cinta yang halal
Dengan dia tentu atas ijinNya
Ketika cinta bertasbih
Tuhan beri aku cinta
Ku menanti cinta…

1 comment:

  1. Teruskan menulis dan menulis. Biarkan jari jemari dan hati bersatu membina ketulusan agar segala rahsia hati dan ilmu dapat dikongsikan.

    Jangan berhenti menulis kerana jika berhenti akan mematikan bakat bakat yang tidak kita lihat dengan mata ini ...

    ReplyDelete