Tuesday, March 9, 2010

Akhirnya

Setelah melalui pelbagai karenah di tempat jilid tesis, akhirnya berjaya jugak dihantar jap tadi, ingatkan liku2 untuk menyiapkan tesis ni masa mencari bahan, menulis je, rupa2nya masa nak jilid pun dugaan nya sama la tidak kurang hebat, sepatutnya 4 hari boleh siap, hari Isnin hantar sepatutnya dah boleh ambil hari Khamis, tetapi ditunda kepada hari Jumaat, bila adik dan suaminya pergi ambil hari Jumaat, rupanya apa yang lain yang disuruh buat lain pula jadinya, saya mahu hard cover tetapi dibuatnya macam nak disubmit untuk pemeriksaan, di tulang tesis itu, sepatutnya ada empat baris tajuk saya, tapi sesuka hati dipotongnya menjadi dua baris, saya tidak tahu di mana dia letak nombor telefon yang saya tinggalkan, sepatutnya, dia telefon la saya, bertanya apa kehendak saya kalau ada kekeliruan, saya terfikir takkanlah ada orang hantar tesis yang bukan untuk dijilid di situ, masa ada nak buat tak telefon tapi masa nak suruh ambil, nak suruh bayar pandai pulak dail nombor telefon saya, suruh ambil tesis tu, geram tidak terkata, mujur je saya kat kampung masa tu ada kenduri, kalau tak mungkin saya tak dapat menahan sabar di situ, saya bertanyakan kakak senior, menurut beliau memang dugaan di saat akhir ni tak kurang hebatnya juga, isk3 mujur hari ni setelah dibuka balik dan dijilid semula, setelah segala komen saya diambil kira, dia tak meminta saya membayar lebih atas kecuaian pihak dia, Alhamdulillah ala kulli hal, dah selamat dah

No comments:

Post a Comment