Showing posts with label Luahan. Show all posts
Showing posts with label Luahan. Show all posts

Tuesday, January 12, 2010

Apabila sahabat saya mendiamkan diri-part 2

Sahabat saya itu meminta saya tidak membuat post lagi mengenai beliau, tetapi sementara saya menunggu bas ni, saya nak tulis jugak, di bilik mesyuarat itu, beliau menjawab setiap asakan yang ditanyakan kepada beliau sehinggalah seorang kawan kami berkata, kalaulah si A(kawan saya ni) kahwin dengan si M, seorang lelaki nescaya tidak berasap lah dapur memandangkan kedua-duanya banyak cakap, A bertanya belum kawen lagi ke?

Wednesday, January 6, 2010

Ya Allah

Ya Allah,
kiranya KAU mempertemukan kami untuk mendidik diri kami
agar lebih menyayangiMU,
maka hanya KAU yang mampu membawa hati-hati ini bertaut
menelusuri jalan mencari cintaMU
mengharap maghfirahMU,
janganlah KAU pisahkan hati-hati ini
di kala rindu dan sayang kami
belum cukup untuk melamar redha dan cintaMU, Amiin

Saya dan penulis blog itu

Saya ingin bercerita mengenai saya dan seorang penulis blog, saya sudah mengikuti blog beliau selama berbulan-bulan. Saya tidak ingat bagaimana saya terjumpa blog tersebut, seingat saya pada suatu malam di rumah sewa saya, terdapat wireless dan saya melompat dari satu blog ke satu blog membaca mengenai apa yang dekat di hati, yang boleh mengurangkan rusuh di hati saat itu. Dan bermulalah saat saya berjumpa blog beliau, saya tidak pasti kenapa saya sangat suka blog beliau, beliau bukanlah sesiapa2, beliau juga tidak lah menulis sesuatu yang sangat bombastik tetapi realistik walaupun banyak benda yang saya tidak mampu bersetuju dengan beliau. Saya jarang meminati sesuatu blog sehingga mampu bertahan sehingga lama ini, saya cepat bosan. Tulisan beliau juga tidak sempurna, saya sangat tidak meminati blog yang menggunakan bahasa rojak, tetapi lain sekali dengan blog beliau ini, blog beliau ini penuh dengan kesalahan ejaan, tetapi saya masih suka, aduh suka yang bagaimana itu ya, suka yang tidak tahu diterangkan di sini,


bersambung.......

Thursday, December 24, 2009

Kenape???

Kenapa hari ini menjelang petang, saya merasakan satu dunia mencari pasal dengan saya, semua orang seolah2 ingin memperlekehkan, menyakitkan hati saya, pedas2 blaka yang saya terima, semoga hati saya tenang selepas ini..... Amiin