Tuesday, December 15, 2009

Update majlis

Alhamdulillah,

Adik saya selamat diijabkabulkan pada 3.12.09, semuanya berjalan lancar walaupun saya seperti kerisauan apabila melihat banyak air dalam perjalanan saya menuju ke Kuala Terengganu, terperangkap di dalam kesesakan lalu lintas juga menyebabkan saya rimas. Kesesakan di luar Kuala Lumpur, di negeri kelahiran adalah disebabkan penutupan sebelah jalan di jambatan di Kemaman,hanya sebelah jalan sahaja yang dibuka. Saya tiba di rumah hanya pada pukul 7.50 petang, Alhamdulillah air, walaupun masih bertakung di jalan menuju rumah tetapi ia tidak pula memasuki rumah kami, pengalaman rumah dinaiki air sehari sebelum raya Haji menyebabkan kami tidak putus-putus berdoa supaya air tidak naik lagi dan hujan akan segera berhenti,

Malamnya pada pukul 10 lebih jurunikah sampai ke rumah kami setelah berjaya menikahkan sepasang lagi pasangan suami isteri sebelum tiba di rumah kami. Ramai sanak sedara yang datang kerana esoknya kenduri kesyukuran diadakan pada esoknya iaitu pada hari Jumaat. setelah akad nikah rumah kami kembali sepi kerana semua orang telah tidur jam 12 tengah malam itu.

Jumaat, dengan warna tema hijau, Alhamdulillah majlis berjaya diselesaikan dengan baik, makanan dimasak secara gotong-royong, secara sederhana tetapi meriah, segalanya berjaya diselesaikan. Tetamu datang sehinggalah malam tetapi pengantin sudah tidak ada di rumah waktu itu kerana mereka ke majlis akad nikah adik pengantin lelaki.

Soalan-soalan yang lucu yang disoal kepada kami sepanjang majlis:

1- Ada orang bertanya saya macamana saya boleh berada dalam majlis itu, dia tidak sedar bahawa pengantin yang diraikannya itu adalah adik saya, geleng kepala je saya.

2- Ada orang bertanya kepada ayah saya, berapakah majlis yang akan diadakan pada tahun depan kerana pada tahun ini, beliau telah mengadakan dua majlis kenduri perkahwinan iaitu kakak saya pada bulan Jun dan adik saya pada bulan Disember,
ayah saya dengan selamba menjawab, Insya Allah tahun depan, dua majlis, dalam hati saya tertanya-tanya apakah dua majlis yang dimaksudkan oleh beliau itu.....

3- Ada orang bertanya saya, adakah untuk saya punya majlis, kerbau juga yang akan ditumbangkan, beliau menasihatkan saya supaya tukar kepada tumbangkan lembu pula kerana sudah dua kali majlis kerbau ditumbangkan, kalau buat kerbau juga beliau tidak mahu datang menolong dan menjadi tukang masak, jawab saya Insya Allah lembu :) heheh

4- Ada orang bertanya kakak saya, bila nak kahwin, kelakar betul sebab kakak saya dah kawen, dan beliau menjawab, saya dah kawenla, napa nampak macam tak kawen ke? muda la tu maksudnya....

5- Soalan yang berkaitan tema majlis saya pun banyak. Soalan pasal bila saya nak kahwen lagila terlalu banyak dan tak terlarat nak menjawabnya. Malah ada juga yang dah expect majlis saya grand hanya kerana saya selalu berkata nak sambung Phd, ya lah majlis orang buat Phd mesti grand. tapi yang sebenarnya tak buat pun lagi proposal still blank, yang master pun belum baiki lagi.

untuk adikku, selamat pengantin baru dan semoga berbahagia hingga ke syurga...

doa untuk pengantin:

BarakAllahu Lakuma wabaraka Alaykuma wajama`a baynakuma fi khayr

No comments:

Post a Comment